Untuk lebih jelas lagi, ciri-ciri golongan "backstaber" pada pengalaman MeLaNkOLiK TiN KoSoNg sendiri (pernah beberapa kali secara xsengaja menjadi mangsa tanpa dipinta) adalah:
- selalu berdamping dengan si mangsa (dengan tujuan nk cungkil rahsia si mangsa)
- berlagak baik dalam apa jua situasi (supaya si mangsa xdapat men"detect" kegiatan mem"backstaber" beliau.
- biasanya menyokong 100 peratus apa jua yang dibuat oleh mangsa.
- berpura-pura mengambil berat atau dalam bahasa penjajahnya "carring" terutamanya dalam soal hati dan perasaan si mangsa.
- berhubungan @ mempunyai hubungan yang boleh dikatakan baik dengan orang yang tidak disukai oleh si mangsa atau dalam erti kata lain musuh si mangsa.
- tahu segala rahsia dari umum hingga lah ke rahsia peribadi mangsa.
Setelah diamati dengan ketelitian yang amat teliti...kewujudan golongan ini adalah semata-mata hanya mahu menjatuhkan si mangsa dengan cara halus(bukan bermaksud mengunakan khidmat makhluk halus) halus disini be-erti cara yang tidak dapat dikesan oleh si mangsa mahupun Encik Anjing Pengesan Polis Diraja Malaysia. dengan teliti seperti orang zaman dahulu kala menganyam bakul @ menenun kain songket yang halus buatannya. Sebab mereka sanggup melakukan perbuatan yang sedemikian rupa???tidak lain dan tidak bukan adalah kerana "PHD" yang bersamaan dengan Perasaan Hasad Dengki, jika tidak memahami apa itu Perasaan Hasad Dengki, ianya bersamaan dengan satu sifat dimana tidak boleh menerima kenyataan sama ada orang lain lebih pandai dari beliau, orang lain lebih ramai "admire" dari beliau, orang lain lebih BeHarta dari beliau, orang lain lebih berpengaruh dari beliau dan segala lebih dari beliau yang lain.
Bagi kejadian manusia yang normal,(yang mempunyai nilai-nilai sivik dan rasa perihatin terhadap hidupan sesama spesis) mereka akan berusaha untuk memperolehi apa yang diperoleh oleh orang lain dengan cara bersih,(yakni dengan cara berusaha)akan tetapi bagi golongan yang di Utarakan dalam teks ni..mereka juga berusaha, tetapi dengan cara menjatuhkan orang yang dicemburuinya...
Jika diamati dengan betol..kejadian atau kegiatan "backstaber" bermula dalam zaman persekolahan lagi, dan akan melular dan merebak dan terbawa-bawa ke alam remaja, belia, dan hingga ke hari tua jika mereka tidak sedar(orang kelantan cakap "baso jenih oghe xbrapo nok kaba") bahawasanya kegiatan mereka itu sebenarnya amat tidak baik dan tanpa segan silu atau berlapik, kegiatan mereka itu boleh dikategorikan sebagai satu kegiatan yang tidak bermaruah.
Pernah terjadi kepada seorang teman dimana beliau (lebih mudah dikenali dengan nama "S") "S" ni mempunyai beberapa orang kawan..mereka begitu mesra..baik..bak kata pepatah, "berat sama dipikul ringan sama dijinjing..". selalu bersama walau kemana jua (seakan2 iklan DIGI prepaid).tapi mungkin juga Tuhan ingin menguji kesabaran "S" dan ada juga kemungkinan kawan2 "S" ni dari golongan yang "jenih xkaba,xseda di untung"...mereka meninggalkan "S"..jika tinggal saja tu xde hal la kan..tapi buat mulut atau dalam erti kata lain memburuk2 kan "S" di belakang "S" tanpa pengetahuan "S"..mendengar cerita dari "S" hilang jgk sabar rasenye..tapi sebagai manusia waras..masih boleh befikir...sabar..tapi memang tidak patot tindakan kawan-kawan "S" tu..mase susah..baru kenal kawan..mase senang..tinggalkan..ditambah lagi dengan memburuk-burukkan kawan...memang xpatot...(kepada "S" sabar la ye... :D..ada hikmahnya disebalik sume tu..).
Justeru, untuk mengelakkan diri dari semua benda ini..bagi si mangsa: pandai2 lah pilih kawan..kawan ni ada banyak...
- kawan setakat tegur di kedai kopi
- kawan setakat pintu pagar
- kawan setakat beranda
- kawan setakat ruang tamu
- dan lain lagi kategori kawan
ibarat kata kata orang tua2...teman ketawa senang dicari..teman menangis..hmmm..dalam 621 orang belom tentu wujudnye 1 teman menangis...dan ingat...buat baik berpada-pada,,buat jahat jangan sekali...